Sultan Abdul Samad

Sultan Abdul Samad ialah Sultan Selangor Darul Ehsan yang menetap di Jugra. Baginda lahir di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat.Sultan Abdul Samad adalah putera Raja Abdullah ibni Sultan Ibrahim Shah.[1] Baginda dilahirkan pada tahun 1804. Baginda memerintah dari tahun 1857 sehingga baginda mangkat pada 6 Februari 1898.[2] Baginda telah dimakamkan, bersama ahli-ahli keluarga diraja yang lain, di Bukit Jugra.[3][4] Semasa pemerintahan baginda, berlakunya perang saudara di Selangor, penubuhan Kuala Lumpur,[5][6] pengenalan bendera dan lambang Selangor [7][8]dan permulaan penglibatan British dalam urusan pentadbiran negeri Selangor.